5H4M - BANGKOK

GROUP TRAVEL

BANGKOK-04

Explore Bangkok

Bangkok merupakan ibu negara Thailand dan terletak 1,470KM dari Kuala Lumpur dengan populasi 11 juta orang setakat tahun 2023.

Turut dikenali sebagai bandar metropolitan dengan senibina kuil & candi Hindu-Buddha dan kemeriahan jalanan tidak kira siang dan malam.

Bangkok terkenal sebagai destinasi pelancongan bukan sahaja di kalangan orang Barat bahkan rakyat Malaysia yang ikut trip ke Bangkok pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.

Antara tempat menarik di Bangkok adalah Mae Klong Railway Market, Damnoen Saduak, Floating Market, Grand Palace, Chattuchak Market dan Chao Phraya.

Antara aktiviti menarik di Bangkok adalah experience urutan spa, foodhunting, ziarah zoo & safari night, mandi air terjun dan ke floating market berusia 300 tahun.

Pakej Termasuk

Pakej Tidak Termasuk

Tour Map

Gallery

Day by Day Itinerary

Day 1 - KUALA LUMPUR - BANGKOK

Berkumpul di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.

• Erawadee Herb & Health Shop: Kilang ubatan tradisional yang diperbuat 100% dari herba semulajadi dan organik milik keluarga diraja Thailand. Tetamu boleh mendapatkan pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan di sini.

• Melawat salah satu tarikan utama, Pattaya Floating Market yang diwujudkan sejak 2008 bukan sahaja untuk tetamu membeli cenderamata dan makanan daripada peniaga-peniaga di dalam sampan, malahan merasai pengalaman gaya hidup dan kebudayaan orang sungai Thai. Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh merasai pengalaman menaiki sampan menyelusuri sungai dan kawasan perkampungan di sini.

Day 2- Bangkok - Pattaya

• Masa bebas untuk bersiar-siar dan berfoto di pantai terkenal Pattaya Beach yang menjadi tumpuan pelancong beristirehat dan bermain aktiviti air. Bagi pengumpul barangan koleksi, boleh mengunjungi Hard Rock Café Pattaya yang terdapat di sini.

• Nong Nooch Village with Thai classical dance and Elephant Show: Tempat yang indah dan menakjubkan untuk melihat pertujukan tarian tradisional, tinju, sepakan bola, melukis oleh gajah. Selain itu terdapat taman bunga dan rangkaian tumbuhan serta lanskap
yang mengagumkan.

Day 3- Pattaya - Bangkok

•Melihat cara pembuatan batu permata di Gems Factory.

•Bersolat di The Foundation of the Islamic Centre of Thailand yang merupakan masjid terbesar di sini berusia lebih 60 tahun.
Menyusuri sepanjang Chao Phraya River sambil menaiki bot persiaran Chao Phraya River Tourist Boat yang akan berhenti di beberapa jeti sepanjang sungai ini dan anda boleh hop on-hop o di jeti-jeti ini untuk melawat tarikan seperti Flower Market, Wat Arun dan China Town.

•Masa bebas untuk membeli-belah dan bersantai di Icon Siam Mall yang serba moden menempatkan 7,000 buah kedai dan juga floating marketnya yang tersendiri.

Day 4- BANGKOK

•Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini.

Day 5- Bangkok - Kuala Lumpur

•Masa bebas untuk membeli-belah barangan tempatan dan cenderamata di salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Thailand iaitu Big C Bangkok.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

dari

RM1,999

seorang

Shopping Basket