Festival Ais Harbin memukau dengan arca ais bercahaya, mencipta dunia penuh warna di tengah kesejukan. Menghadapi suhu -20°C, tetapi keindahan Harbin tetap mempesona! Keindahan salji yang meliputi seluruh bandar menjadikan Harbin syurga musim sejuk.
Nak dapatkan Free Itinerary? Klik link di bawah !!
Saksikan barisan askar tanah liat bersaiz sebenar, setiap satu unik! Warisan Maharaja Qin Shi Huang ini bukan sahaja memukau mata, tetapi penuh kisah sejarah yang luar biasa.
Permulaan Laluan Sutera
Xi’an adalah titik permulaan Laluan Sutera yang ikonik. Bandar ini penuh dengan budaya, makanan, dan seni yang mencerminkan pertemuan pelbagai tamadun dunia.
Surga Halal untuk Pelancong Muslim
Lawati Muslim Quarter, kawasan yang meriah dengan deretan gerai makanan halal yang menyajikan hidangan seperti kambing panggang, roti naan, dan mi tarik. Jangan lupa singgah ke Masjid Besar Xi’an, masjid tertua di China dengan seni bina gabungan Islam dan Cina yang unik. Lokasi ini mesra Muslim dan wajib diterokai!
Jom teroka Xi’an dan cipta pengalaman yang tak terlupakan!